in this opportunity i'm going to scratch anything i like. it can be about my country, nation, politics, business, automotives, technologies, gadgets and more...and important thing is...you are cordially free to comment
Monday, November 26, 2007
Tuesday, November 20, 2007
Advertisement you won't see at other place
Mawi with 'kadar rendah serta merta berjimatlah sekarang'
Ambank with veiled models 'anda pasti tersenyum'
Digi's advertisement on 'LUAS'
50 years of independence advertisement by MotorTakaful
'Cara kita bijak berbelanja' by Min. of Domestic Trade & Consumer Affair
'Setiap detik anda' (your every moment) by PREMIER
update!!!
another good example at raykinzoku.fotopages.com
Thursday, October 11, 2007
OPS SIKAP
Dan untuk tahun ini, Ops sikap XIII telah bermula pada hari Selasa yang lalu (9/10/07) dengan menyaksikan statistik kemalangan maut mula dihitung.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, penunggang motosikal mengungguli carta sebagai golongan pengguna jalanraya yang paling ramai terlibat dengan kemalangan maut. Untuk hari ketiga sahaja 10 orang daripada 15 pengguna jalanraya yang maut adalah penunggang motosikal.
Kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal tidak dapat dipastikan samada mereka ini di dalam perjalanan untuk pulang berhari raya atau penunggang harian biasa yang mereka secara kebetulan terlibat di dalam kemalangan maut di dalam tempoh Ops Sikap ini.
Apakah puncanya? Bagaimana untuk mengatasinya?
adakah ianya disebabkan oleh:-
>pengguna jalanraya yang cuai samada pemandu kereta, pemandu kenderaan berat atau penunggang motosikal itu sendiri?
>keadaan jalanraya di negara kita ini tidak mesra penunggang motosikal?
>bilangan penunggang motosikal yang terlalu ramai secara relatifnya dengan pengguna jalanraya yang lain?
>mentaliti sebahagian penunggang motosikal yang menunggang secara melulu dan tidak mengikut peraturan (a.k.a. mat rempit)?
>sistem pengurusan jalanraya secara keseluruhan?
mungkin jawapannya adalah kombinasi daripada di atas atau kesemuanya.
Adalah suatu yang pasti juga dilihat, masih terdapat ramai rakyat negeri ini masih menggunakan motosikal sebagai mod pengangkutan utama terutamanya golongan berpendapatan rendah. Mungkin golongan ini sedar dengan statistik di atas tetapi mungkin inilah saja kaedah pengangkutan yang termampu.
saya juga pernah terdengar peraturan jalanraya di negara jiran yang akan mengenakan saman automatik kepada pemandu kenderaan yang lebih besar jika dua jenis kenderaan berbeza yang terlibat di dalam sesuatu kemalangan. Contohnya antara motosikal dan lori, automatik pemandu lori dikira bersalah. Tidak pasti apa akan terjadi jika ianya digunapakai di negara kita.
Bagaimana cara mengatasinya?
> kerajaan sepatutnya menggalakkan rakyat menggunakan mod pengangkutan lain dengan menyediakan beberapa insentif kepada golongan ini seperti:-
-memberi subsidi/pengurangan pelbagai cukai pembelian kereta terutama golongan berpendapatan rendah
-meningkatkan kemudahan pengangkutan awam supaya lebih reliable dan menyeluruh
-mengenakan tol kepada penunggang motosikal di lebuhraya ini sebagai langkah mengurangkan penggunaan motosikal di lebuhraya.
-penyediaan lorong motosikal
-penggunaan kit keselamatan yang lebih bermutu ( pernah jua berlaku penunggang hanya menggunakan topi keledar tanpa diikat ketat atau topi keledar di bawah standard piawai)
> mengubah mindset mat rempit.
mungkin pengurangan kadar kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal boleh dikurangkan dengan mengambilkira beberapa pandangan di atas.
akhir sekali saya ingin berpesan kepada semua supaya memandulah dengan cermat di musim perayaan ini dan janganlah jadikan diri anda sebahagian daripada statistik.
link berguna : Malaysia Institut of Road Safety Research - satu agensi yang ditubuhkan untuk membuat penyelidikan berhubung keselamatan jalanraya dan yang berkaitan
Monday, October 08, 2007
SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI 1428H
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI UNTUK SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
Monday, October 01, 2007
Friday, September 14, 2007
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Wednesday, September 05, 2007
2008 BUDGET
Update:
Look like the 2008 budget is not so favourable for us the wage earners
- No cut in tax rate for personal tax
- No increase in tax relief for children under schooling
but it helps in;
- tax relief up to RM5,000 for post graduate course enrollment
- free textbook and abolishment of annual fees for primary and secondary school student
Original Posting:
Talking about the Budget Report 2008, we're likely to have good new from government on this 7th September. Many observers expected our goverment will give a cut into personal tax rate and few incentives that will benefited more to middle income earners. It supposed become a good move at the right time since our Consumer Price Index (CPI) is getting high and high since our government servants enjoy the salaries adjustment recently.
others related articles below:
Full text of PM's Budget 2008 speech
Time to cut personal tax rates
Good news likely for tax payers
Monday, August 27, 2007
Petronas Primax3 Merdeka Millenium Race 2007
The event which fisrt edition held in 2000 already received local and international competitors especially from Singapore, Hong Kong, Japan and as well as India. The event also have been held in conjunction with Meredeka Celebration. For this year, we should thanks to the race promoter -Sepang International Circuit for the very low price ticket (50 cent) indicate of 50 years of nationhood.
The race has been catogerized into 4 classes which is Class 'O' (open), Class 'A' (above 1,900 cc ), Class 'B' (1,601-1,900 cc), Class 'C' (1,600 cc) and each entry will comprise of three driver.
In the race, each class will have their favourite and common types of car such as:
Class 'O' - Porsche 911 and various type of Lotus.
Class 'A' - Honda Civic & Integra Type R
Class 'B' - Proton Satria GTi and Honda Integra
Class 'C' - Proton Satria and Honda Civic
Others including Nissan Skyline, Toyota Corolla 101 (champions in Class 'C' but revoke later for certain reason), BMW Z4M (favourite but early retired due to technical problem), Ford Falcon and Mitsubishi Evo 7 and few more.
According to the source, of 77 cars, only 42 managed to finish while the rest are whether disqualified or DNF.
For the result and more pictures of the race, please click here and here.
others related news:
14-Year Old Jazeman Jaafar Makes His Debut
Tengku Djan Goes In To Uncharted Territories
Friday, August 17, 2007
50 MERDEKA CARS BY TOPGEAR (MALAYSIA EDITION)
I can show you below about some of the pages while for the rest you should get your copy August Edition of TOPGEAR Malaysia for only RM10.00. Worth buying i promise you.
for 1958 it was represented by Moris Minor and this car still can be seen on our road today compare to their 'buddies'.
1968-1977 Japan cars begun to reach our land with Mazda Capella RX-2 in 1972 but continental cars still dominance our road.
1978-1987 era gave us a quantum leap when our country celebrate the birth of national car Proton Saga in 1985. The industry also saw the Japan cars having bigger share market pie.
1988-1997 we been offered another national car by Perodua. First car launched by Perodua was Perodua Kancil in 1994.
In 1998-2007 era, our industry is quite matured with new model have been introduced almost every month by various car distributors by their sales agent. Customer getting confused and feeling dizzy in choosing the right car to be owned.
For the recent year, we register about 500,000 new cars annually showing that the industry is as matured as the country.
Source: Topgear Malaysia (August Edition)
Monday, August 13, 2007
SOMETHING TO PONDER FROM PROTON'S INSIDER
Baca penjelesan dari jurutera Proton ni...
Assalamualaikum,
Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang.... Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton.... Milik Malaysia. "Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je.." Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya..... Memang pada mulanya kita belajar... selepas itu kita buat sendiri.
Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.
Saga - base dia Lancer lama. Kita cuma tukar depan dan belakang sikit.
Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK.
Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer. Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja.... Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu... orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira... masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia... Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer... hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai... Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.
Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana.... Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.
Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.
Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita... kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.
Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.
Savvy - 100% didesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well.... Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1.
Disini banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya... Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well... kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu... In fact. Kukuh.
Saudara saudari... Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu... adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakannya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.
Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di Proton. Kalau Proton tak elok... masakan mereka mengkontrakkan Proton untuk membuat kereta mereka.
"Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh Proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini.
Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya." Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmission yang paling susah. Untuk info lah... kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmission sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.
"Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai." Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)
Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding di peringkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar di negara lain. Ada orang tau...?
"Selama 20 tahun proton bergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja..." Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja... buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara... berapa banyak kaki tangan Proton... 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton...100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? 0... Kosong.
Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai. Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP.
Dasar Automotif Negara diperlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi spare part proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.
Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang melindungi industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri.
Saya ambil contoh...
Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif... tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya.
Korea... cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri di sana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea...susah. Sebabnya...
1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import... Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.
Jepun... Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu... nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia.... Kutuk lagi ada.
Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal.... tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu... fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual... lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat.
India... nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea... Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita... apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya. Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German.... Bukan tak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia. Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional... Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalaman bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang.... Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton..... Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman... Perodua, Naza ambil. Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi.
Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar... sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar. Tapi bab support selepas jualan.... saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena.... Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen... proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi.... Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy... check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je... test sendiri. Baru tau. Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual.... Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear... swith to auto. Nak main ciluk-ciluk... switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna tecnology 70an.
End...
Thursday, August 02, 2007
Family Day
*images taken with Sony Ericsson K750i
Tuesday, July 24, 2007
CTOS LAWAN PENGGUNA. SIAPA PEMENANGNYA?
UPDATE: CTOS telah menawarkan perkhidmatan self check secara percuma. Klik di sini
Sepanjang bulan ini, antara isu yang utama negara yang dimainkan oleh akhbar-akhbar utama ialah berkenaan dengan CTOS iaitu satu agensi yang membekalkan maklumat kredit kepada agensi pembiayaan kewangan.
Pelbagai kecaman dan tohmahan yang diterima oleh CTOS daripada pelbagai lapisan masyarakat samada pengguna di jalanan dan sampai ke peringkat menteri-menteri kanan apabila ianya mula ditimbulkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk M. Kayveas. Sejurus selepas itu, Kabinet telah membincangkan isu ini di dalam mesyuarat mingguannya dan telah mengambil keputusan untuk mengkaji semula peranan agensi tersebut tetapi tidak mengarahkan ianya menggantung operasi.
Menteri-menteri lain juga sibuk mengarahkan agensi di bawah kawalan masing-masing untuk menghentikan penggunaan perkhidmatan ini dalam membuat penilaian ke atas pelanggan-pelanggannya seperti Menteri Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Koperasi telah mengarahkan MARA dan Ketua Menteri Melaka juga mengarahkan perkara yang sama kepada agensi kerajaan negeri yang berkaitan. Timblan Menteri Kewangan Dr Awang Adek juga tidak ketinggalan telah mengeluarkan arahan secara lisan kepada pihak bank supaya menghentikan prosedur ini di dalam penilaian kredit pelanggannya. Bank Negara sebagai badan yang mengawal operasi bank-bank ini terus berdiam diri sehingga sekarang.
Selain dari itu, tidak kurang dari 5 individu telah bertindak dengan menyaman CTOS atas pelbagai alasan yang berkait rapat dengan isu membekalkan maklumat peribadi seseorang secara tidak sah sehingga menafikan hak-hak mereka untuk mendapat pinjaman serta kecuaian pihak CTOS di dalam membekalkan maklumat.
Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan (NCCC) hari ini juga menggesa pihak kerajaan menggantung operasi agensi persendirian (private agency) yang berkhidmat sebagai pembekal maklumat kredit kerana ianya telah banyak menyusahkan pengguna dan operasinya tidak berpaksikan privasi, ketepatan dan adil. Tugas ini mungkin patut dipikul oleh agensi kerajaan sahaja seperti CCRIS.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga telah memainkan peranannya setelah mendapat maklumat melalui akhbar dengan mendakwa pengarah-pengarah dan setiausaha syarikat ini dengan 85 tuduhan (sesetengah akhbar melaporkan 87 tuduhan) di bawah Akta Syarikat 1965 dengan pelbagai tuduhan.
Di dalam dunia blog, ianya cukup hebat diperkatakan dan telah mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada blog pendatang baru ketua perusuh (maafkan saya kepada empunya blog) hinggalah ke 'prominent blogger' iaitu saudara Jeff Ooi menerusi http://www.jeffooi.com/.
Ada komen yang diterima mengatakan sekarang bukan pihak bank sahaja yang menggunakan khidmat CTOS malah kelab-kelab persendirian dan PBT juga menggunakan khidmatnya untuk mewujudkan keadaan tidak selesa kepada ahlinya atau sesiapa yang mempunyai apa-apa tunggakan bagi mendesak supaya dilunaskan apa-apa tunggakan secepat mungkin. Ini sudah lari dari matlamat asalnya iaitu memberikan maklumat kredit (Credit tip off) dan bila masa pula kelab-kelab persendirian dan PBT ini memberi kemudahan kredit kepada pengguna-pengguna. Antara reaksi lain pula ada yang menyatakan maklumat telah disalurkan secara tidak tepat atau tidak dikemaskini dan telah menjadi bebanan kepada pengguna untuk mengemaskini maklumat tersebut di pangkalan data CTOS dan telah dikenakan bayaran untuk pengemaskinian ini dan ianya tidak adil.
CTOS juga dikatakan hanya membekalkan maklumat kredit yang negatif sahaja dan saya tidak pasti sekiranya seseorang itu telah menyelesaikan kemudahan kredit lebih awal dari jadual (in advance) adakah pihak CTOS akan membekalkan positif rating kepada individu ini.
Manakala ada juga komen yang menyokong kepentingan CTOS dengan alasan pihak bank tidak mahu orang lain dibebankan dengan hutang yang dibuat oleh penghutang yang gagal menjelaskan pinjaman (kadar interest akan meningkat untuk cover hutang lapuk yang dibuat oleh loan defaulters)
Dan hari ini di dalam akhbar The Star, saya kira kemenangan tetap berpihak kepada CTOS apabila Persatuan Bank-Bank Malaysia (pelanggan utama CTOS dan seterusnya sebagai pihak yang memastikan kelangsungan agensi ini ) secara berlapik telah mempertahankan dan meneruskan penggunaan perkhidmatan agensi ini di dalam membuat penilaian kredit ke atas pelanggan.
Ini sudah dikira satu kemenangan besar kepada CTOS yang menunjukkan bahawa kewujudannya masih diperlukan di negara ini tanpa mengira ianya satu kewujudan yang popular atau tidak.
Friday, June 29, 2007
AMANAH SAHAM NASIONAL
PNB amat sinonim di kalangan bumiputera kerana menyediakan peluang pelaburan secara runcit kepada pelabur-pelabur bermodal kecil. Seperti mana yang sedia maklum, majoriti bumiputera adalah orang Islam tetapi PNB dilihat mempunyai sedikit kekurangan apabila masih gagal memperkenalkan produk yang mematuhi syariah. Saya tidak tahu mengapa. Kalau hendak dikatakan produk yang mematuhi prinsip syariah tidak berdaya maju, bagaimana pula pengurus-pengurus dana swasta berlumba-lumba memperkenalkan produk-produk yang khusus untuk orang Islam ini seperti Public Mutual dengan Public Ittikal nya dan CIMB Wealth Advisor dengan SBB Dana Al-Azam (sekadar beberapa contoh).
Sebagai seorang muslim saya berharap PNB dapat memperkenalkan produk-produk yang mematuhi syariah dengan secepat mungkin supaya pelabur-pelabur mikro seperti saya dapat juga membuat pelaburan.
Thursday, June 21, 2007
BETA AGONIST
According to wikipedia it is kind of drug used to treat asthma and other pulmonary disease. it act by causing smooth muscle relaxation resulting in dilation of bronchial passages, vasodilation in muscle and liver, relaxation of uterine muscle and release of insulin.
Any person who consume it likely to have side effects such as insomnia, anxiety, and tremor occur in some patients. All Beta agonists are available in inhaler form (either metered-dose inhalers, which aerosolize the drug, or dry powder which can be breathed in).
it heard that some of our fish and meat we consume everyday have been added with this drug. It is believe that some traders have added it so that all fish and all type of meat look attractive to consumers.
below is the extraction from website myhealth.com.my regarding to beta agonist (pls click on title for the full version )
.......pigs are not the only farm animals fattened with banned growth boosters. Beef, mutton and duck meat have also been found to contain beta-agonist in tests conducted by the Universiti Sains Malaysia Doping Control Centre (DCC).
The Ministry of Health’s food control division has detected it in beef.
Random tests by the DCC confirm that cattle, goats and poultry have been fed with Salbutamol, the most commonly used beta-agonist.
DCC science officer Mohd Azman Ibrahim told the New Straits Times that about two per cent of over 100 samples received monthly by the laboratory had traces of Salbutamol.
Beef, mutton, and buffalo and duck meat make up 20 per cent of the monthly samples.
"This is worrying as the samples were taken at random. Many more would have gone undetected."
"Since the DCC was set up 10 years ago, things have taken a turn for the worse," he said.
"Even duck farmers use Salbutamol while those rearing chicken inject their livestock with banned cancer-causing antibiotics such as chloramphenicol and nitrofuran."
sound scary isn't it?
look like the above pork seller know how to attract their customers.
Tuesday, June 19, 2007
CALL MAN OR CONMAN
these people will wait for road accident in accident prone area every where. what is nightmare....sometime there are certain group of people ( not all) do the accident to get the case. this people will hire a person just to drive recklessly in order to bring unsafe traffic condition to other motorist. similar case of pouring nail on the road in motocycle lane to earn living . what a dirty job. you know..people will do everything to make ends meet clean or dirty.
road accident related business is considered lucrative industry. when one involved in accident..call man will call towing truck to bring the car get into workshop...call man and towing operator get paid...when car already inside and file opened....workshop will doing their job...calling adjuster to inspect the damages and make exorbitant claims with insurer and get paid....car owners will never know what's workshop have claimed..certain workshop also when not satisfy with the level of damages will add up damages by crashing the windscreen and etc (true experience from friend of mine) in order to prolong the list of broken down components. car owners also blamed for underinsured of their car (example : car value at 50K but insured less than that) when the some of the claims wasn't approved by insurer and have to self pay for part of it. it is not include the story of owners have to pay excess and betterment.
we already heard that insurers under PIAM proposed to government to increase the premium in order to cover the cost of reimbursement. look like the burden is going to be passed to the car owners. IT'S NOT FAIR.
the insurer must get into this problem thoroughly and find out where is the dark side of the story?
who are the real predator here?
call man...workshop...or insurer
and who is the prey?
....you the vehicle owner...
what is your comment everybody?
Thursday, May 03, 2007
IKEA
Wednesday, April 25, 2007
FAX
Sunday, February 11, 2007
Gigi bermasalah boleh menyebabkan sakit jantung
Friday, February 09, 2007
bebaskan potensi anda
ramai antara kita sebelum ini beranggapan sebaliknya termasuklah saya.
apabila saya renungkan kenyataan itu dan merujuk kepada organisasi tempat saya berkerja ternyata ianya benar.
kemahiran komunikasi yang tinggi telah memberi peluang yang lebih cerah kepada seseorang itu untuk peningkatan kerjaya manakala bagi usahawan atau ahli perniagaan pula mereka akan membawa pulang hasil perniagaan yang lebih tinggi.
apabila diperhatikan kepada isu graduan menganggur yang rata-ratanya bumiputera, sebenarnya inilah juga yang menjadi puncanya.
dimanakah silapnya?. adakah graduan itu sendiri yang tidak menggilap potensi itu atau sistem pendidikan negara yang terlalu berasaskan peperiksaan (examination oriented)?
saya pernah membaca satu buku yang membandingkan sistem pendidikan di beberapa negara lain. kajian itu mendapati sistem pendidikan Amerika Syarikat lebih mementingkan 'membebaskan potensi anda' (unleash your potential). Kanak-kanak diajar untuk mencipta kreativiti, diasuh supaya bercakap di khalayak ramai dan menggalakkan pemberian kerja rumah berasaskan projek. Di negara Jerman, sistem pendidikan berorientasikan perantisan (apprenticeship) jadi tidak hairanlah jika Jerman merupakan negara industri. Di negara Jepun, sistem pendidikannya berdasarkan hafalan. ini dilihat sebagai satu cara untuk menajamkan pemikiran mereka.
manakala sistem pendidikan negara kita pula adalah hasil peninggalan British.
so what say you..readers?
Wednesday, February 07, 2007
the most influentials blog in malaysia
thinking also on how to get listed...sound possible but not in this near future. click here to find out more.
Not long time ago one blogger had put his effort to do this.
the result show that the certains blogs were included in both list with different positions.
some are not listed at each other.
actually i cannot make comparison here since this effort not being done at the same time and they also explain about some constraint over this efforts.
Thursday, February 01, 2007
public holiday
...i feel sorry for the readers of others states..hahaha...
the special case for my company is...we have declared thid friday as holiday (but of course we need to subsitute with another coming working saturday) and easily i get 4 days holiday straight..what's a good company...
the readers who have good and flexible working hours in their company can share with us...ok
Wednesday, January 31, 2007
i'm back
these roles demand time from us and not only time it also need us to sacrifice our money, energy and a few precious thing more.
to the readers, can you add your additional role in life/community of which you proud of including the contributions given.