Kemaskini!!!
Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa pelaburan di dalam ASB dan ASN adalah harus hukumnya. Keputusan ini dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia ke-80 di Kuala Terengganu yang dipengerusikan oleh Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin di dalam program yang berlangsung selama 3 hari itu iaitu dari 1-3 Februari 2008 yang lalu. Klik di sini untuk berita lanjut.
Posting Asal!!!
Hari ini pengurus dana terbesar negara PNB telah mengumumkan dividen sebanyak 5.2 sen seunit bagi salah satu produknya iaitu Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2). Sebagai sebuah firma pengurus dana terbesar yang mampu menarik dana sehingga RM100 billion dan membuat pelaburan di dalam lebih 360 syarikat, saya berpendapat ianya bukan calang-calang organisasi. sudah tentunya ia telah diuruskan sekumpulan pengurusan yang pakar-pakar belaka.
PNB amat sinonim di kalangan bumiputera kerana menyediakan peluang pelaburan secara runcit kepada pelabur-pelabur bermodal kecil. Seperti mana yang sedia maklum, majoriti bumiputera adalah orang Islam tetapi PNB dilihat mempunyai sedikit kekurangan apabila masih gagal memperkenalkan produk yang mematuhi syariah. Saya tidak tahu mengapa. Kalau hendak dikatakan produk yang mematuhi prinsip syariah tidak berdaya maju, bagaimana pula pengurus-pengurus dana swasta berlumba-lumba memperkenalkan produk-produk yang khusus untuk orang Islam ini seperti Public Mutual dengan Public Ittikal nya dan CIMB Wealth Advisor dengan SBB Dana Al-Azam (sekadar beberapa contoh).
Sebagai seorang muslim saya berharap PNB dapat memperkenalkan produk-produk yang mematuhi syariah dengan secepat mungkin supaya pelabur-pelabur mikro seperti saya dapat juga membuat pelaburan.

2 comments:
If you had an opportunity, interview some of the staffs of Pelangi Bhd who had worked with the previous management and current new management from PNB and find out why PNB is lacking...
thanks mave, i will try
Post a Comment