Tuesday, June 23, 2009

Perangi Ah Long

Tak masuk akal!!! pinjam RM3,000 bayar balik RM35,0000 ...itu kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein apabila memberi komen terhadap apa yang berlaku sekarang terhadap aktiviti-aktiviti pemberian pinjaman tidak berlesen. Beliau akan perangi along habis-habisan katanya di sini.

Sebenarnya banyak kaedah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

Salah-satunya yang dilihat ialah peranan surat khabar terutamanya surat khabar berbahasa melayu yang banyak memberi ruang iklan-iklan kecil pemberi pinjaman tidak berlesen ini untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. Satu pengorbanan besar haruslah dilakukan oleh pengamal-pengamal media-massa dengan menolak semua permohonan untuk mengiklankan perkhidmatan ah long ini di akhbar-akhbar mereka. Walaupun diakui ini bukanlah satu-satu cabang pemasaran yang digunakan oleh pihak ah long (selain dari merosakkan pandangan mata kita seharian dengan iklan-iklan tidak berlesen di tempat-tempat awam) tetapi sedikit sebanyak ianya mampu mengurang masalah ini.



Sanggupkah surat khabar-surat khabar melayu darii Kumpulan Utusan dan NSTP mengambil keputusan yang akan mengurangkan pendapatan mereka ini (yang sudah tentu tidak akan popular kepada pemegang saham) atau sama-sama bersama kerajaan membanteras kegiatan yang semakin menjadi barah kepada negara ini.