Friday, February 09, 2007

bebaskan potensi anda

saya terbaca satu buku baru-baru ini yang mengatakan bahawa kestabilan jawatan penting yang kita pegang di mana-mana organisasi adalah 85% bergantung kepada bagaimana kita berinteraksi dengan orang lain. manakala selebihnya sebanyak 15% adalah pengetahuan spesifik dalam bidang tersebut.

ramai antara kita sebelum ini beranggapan sebaliknya termasuklah saya.

apabila saya renungkan kenyataan itu dan merujuk kepada organisasi tempat saya berkerja ternyata ianya benar.

kemahiran komunikasi yang tinggi telah memberi peluang yang lebih cerah kepada seseorang itu untuk peningkatan kerjaya manakala bagi usahawan atau ahli perniagaan pula mereka akan membawa pulang hasil perniagaan yang lebih tinggi.

apabila diperhatikan kepada isu graduan menganggur yang rata-ratanya bumiputera, sebenarnya inilah juga yang menjadi puncanya.
dimanakah silapnya?. adakah graduan itu sendiri yang tidak menggilap potensi itu atau sistem pendidikan negara yang terlalu berasaskan peperiksaan (examination oriented)?

saya pernah membaca satu buku yang membandingkan sistem pendidikan di beberapa negara lain. kajian itu mendapati sistem pendidikan Amerika Syarikat lebih mementingkan 'membebaskan potensi anda' (unleash your potential). Kanak-kanak diajar untuk mencipta kreativiti, diasuh supaya bercakap di khalayak ramai dan menggalakkan pemberian kerja rumah berasaskan projek. Di negara Jerman, sistem pendidikan berorientasikan perantisan (apprenticeship) jadi tidak hairanlah jika Jerman merupakan negara industri. Di negara Jepun, sistem pendidikannya berdasarkan hafalan. ini dilihat sebagai satu cara untuk menajamkan pemikiran mereka.

manakala sistem pendidikan negara kita pula adalah hasil peninggalan British.

so what say you..readers?

No comments: