Thursday, May 19, 2011

Adakah Ringgit Yang Kukuh Membantu?

Sekarang ringgit berada pada paras yang agak baik berbanding USD (sekitar 3.05 sekarang). Ianya adalah yang terbaik untuk tempoh 13 tahun setelah sekian lama ringgit diikat kepada USD pada nilai RM3.80 untuk sedollar.

Adakah ini menguntungkan rakyat. Ramai penganalisa mengatakan ianya akan menguntungkan pengimport dan menjadi ancaman kepada pengeksport. 

Ya, betul ianya menguntungkan pengimport tetapi benarkah ianya menguntungkan pengguna yang membeli barang  import. 

Saya belum lihat ada barang import yang turun harga atau mungkin saya belum survey habis. Kalau adapun yang nak perabih stok bukannya 'new arrival'.

Adakah anda yakin pengimport akan menurunkan harga barang selaras dengan pengukuhan ringgit. Saya tak yakin ianya akan berlaku. Kebanyakan pengimport akan terus menikmati keuntungan yang tinggi hasil tukaran asing yang menguntungkan ini sehinggalah mereka merasai ancaman penurunan harga oleh pesaing-pesaing mereka.


Ada anda dengar jualan produk-produk terutamanya dari US yang dijual pada harga diskaun kebelakangan ini. Tak adakan, sedangkan US adalah rakan dagangan utama Malaysia.

Jadi sebenarnya peniaga-peniaga produk import ini tidak pernah berlaku adil kepada pengguna-penguna. Apabila perkara ini di'highlight'kan, jawapannya adalah harga tidak dapat diturunkan walaupun ringgit semakin kukuh kerana banyak faktor lain yang diambilkira seperti kos pengangkutan dan lain-lain.

Anda sebagai pengguna seharusnya bertindak bijak. Belilah barangan buatan Malaysia.


2 comments:

Unknown said...

demo memang klas belilah kereta buatan malaysia he he

kiff said...

kereta takpo sbb banyak made in Japan haha