Ramai yang dah tahu barisan menteri Singapore adalah antara yang anggota kerajaan yang menerima gaji tertinggi di dunia malah gaji Perdana Menterinya mengalahkan gaji Presiden Barrack Obama. Gaji beliau berjumlah S$3 juta setahun dan mendapat bonus sebanyak 8 bulan gaji pada tahun 2010.
Ada formula yang mendedahkan bagaimana gaji mereka ini ditentukan.
Gaji mereka ini sebenarnya telah ditetapkan pada kadar 2/3 daripada median (orang belajar statistik tahu apa itu median) top 8 gaji 6 profesion utama di Singapura iaitu peguam, akauntan, eksekutif MNC, banker, pengilang tempatan dan jurutera.
Berapakah pendapatan tertinggi 6 profesion utama tersebut?
- Peguam – S$4.29 juta
- Akauntan – S$3.72 juta
- Banker – S$3.33 juta
- Eksekutif MNC – S$2.70 juta
- Pengilang Tempatan – S$2.30 juta
- Jurutera – S$0.62 juta
Di bawah ini adalah range top 8 bagi setiap sektor:
- Peguam – $1 juta to $6 juta
- Akauntan – $1 juta to $6 juta
- Banker – $800k to $6 juta
- Eksekutif MNC – $300k to $4 juta
- Pengilang Tempatan – $250k to $3 juta
- Jurutera -$200k to $800k
Mungkin ada beberapa faktor lain yang diambilkira untuk mendapat final figure tetapi yang pastinya mereka telah menunjukkan satu formula yang boleh dijustifikasikan.
Bagaimana pula dengan formula penetapan gaji menteri kabinet di Malaysia? Siapa boleh jawab....
TQ kepada Abg Rem...