Thursday, October 11, 2007

OPS SIKAP

Ops Sikap, sambungan daripada Ops Statik, mula diperkenalkan oleh PDRM pada tahun 2001 dan ianya telah menjadi program tahunan apabila musim perayaan menjelang. Untuk melihat statistik Ops Sikap pada tahun lepas sila klik di sini.

Dan untuk tahun ini, Ops sikap XIII telah bermula pada hari Selasa yang lalu (9/10/07) dengan menyaksikan statistik kemalangan maut mula dihitung.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, penunggang motosikal mengungguli carta sebagai golongan pengguna jalanraya yang paling ramai terlibat dengan kemalangan maut. Untuk hari ketiga sahaja 10 orang daripada 15 pengguna jalanraya yang maut adalah penunggang motosikal.

Kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal tidak dapat dipastikan samada mereka ini di dalam perjalanan untuk pulang berhari raya atau penunggang harian biasa yang mereka secara kebetulan terlibat di dalam kemalangan maut di dalam tempoh Ops Sikap ini.

Apakah puncanya? Bagaimana untuk mengatasinya?

adakah ianya disebabkan oleh:-
>pengguna jalanraya yang cuai samada pemandu kereta, pemandu kenderaan berat atau penunggang motosikal itu sendiri?
>keadaan jalanraya di negara kita ini tidak mesra penunggang motosikal?
>bilangan penunggang motosikal yang terlalu ramai secara relatifnya dengan pengguna jalanraya yang lain?
>mentaliti sebahagian penunggang motosikal yang menunggang secara melulu dan tidak mengikut peraturan (a.k.a. mat rempit)?
>sistem pengurusan jalanraya secara keseluruhan?

mungkin jawapannya adalah kombinasi daripada di atas atau kesemuanya.

Adalah suatu yang pasti juga dilihat, masih terdapat ramai rakyat negeri ini masih menggunakan motosikal sebagai mod pengangkutan utama terutamanya golongan berpendapatan rendah. Mungkin golongan ini sedar dengan statistik di atas tetapi mungkin inilah saja kaedah pengangkutan yang termampu.

saya juga pernah terdengar peraturan jalanraya di negara jiran yang akan mengenakan saman automatik kepada pemandu kenderaan yang lebih besar jika dua jenis kenderaan berbeza yang terlibat di dalam sesuatu kemalangan. Contohnya antara motosikal dan lori, automatik pemandu lori dikira bersalah. Tidak pasti apa akan terjadi jika ianya digunapakai di negara kita.

Bagaimana cara mengatasinya?
> kerajaan sepatutnya menggalakkan rakyat menggunakan mod pengangkutan lain dengan menyediakan beberapa insentif kepada golongan ini seperti:-
-memberi subsidi/pengurangan pelbagai cukai pembelian kereta terutama golongan berpendapatan rendah
-meningkatkan kemudahan pengangkutan awam supaya lebih reliable dan menyeluruh
-mengenakan tol kepada penunggang motosikal di lebuhraya ini sebagai langkah mengurangkan penggunaan motosikal di lebuhraya.
-penyediaan lorong motosikal
-penggunaan kit keselamatan yang lebih bermutu ( pernah jua berlaku penunggang hanya menggunakan topi keledar tanpa diikat ketat atau topi keledar di bawah standard piawai)
> mengubah mindset mat rempit.

mungkin pengurangan kadar kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal boleh dikurangkan dengan mengambilkira beberapa pandangan di atas.

akhir sekali saya ingin berpesan kepada semua supaya memandulah dengan cermat di musim perayaan ini dan janganlah jadikan diri anda sebahagian daripada statistik.


link berguna : Malaysia Institut of Road Safety Research - satu agensi yang ditubuhkan untuk membuat penyelidikan berhubung keselamatan jalanraya dan yang berkaitan

Monday, October 08, 2007

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI 1428H

Bulan Ramadhan hampir meninggalkan kita. Hari ini merupakan hari ke 26 umat Islam beribadah puasa dan tinggal 3 hari lagi untuk kita meneruskan amalan di bulan pesta ibadah ini. Adakah kita telah muhasabah diri kita masing-masing. Adakah Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lalu? Soalan ini hanya kita yang boleh memberi jawapannya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI UNTUK SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

Monday, October 01, 2007

Another not so good new about our country

Read it at zorro unmasked after alerted by Rocky Bru. Plz read by urself by clicking here.